Qualcomm Dilaporkan Akan Membuang Sejumlah Pekerja Untuk Bina Budaya Prestasi Tinggi
Aman
Qualcomm kini dilaporkan akan membuang sejumlah pekerja pada peringkat global, dalam usaha untuk membangunkan budaya memfokuskan kepada prestasi tinggi. Ia tidak dimaklumkan berapa ramai pekerja akan terkesan dan dibuang. Kali terakhir Qualcomm berkongsi, mereka mempunyai sekitar 52,000 orang pekerja.

Disamping meningkatkan prestasi, Qualcomm juga ingin menambah-baik keadaan syarikat yang sering kali tidak berjaya mencapai sasaran.
Sebelum ini sendiri, Qualcomm telah berkongsi menyatakan untuk tahun fiskal 2027, mereka menyasarkan pendapatan dan perniagaan cip untuk perusahaan akan lebih tinggi berbanding jualan untuk cip telefon pintar. Hal ini dilihat selari permintaan untuk kecerdasan buatan, dan penawaran Qualcomm untuk pusat data.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.