OpenAI Ambil-Alih Syarikat AI Memfokuskan Bioteknologi
Aman
OpenAI hari ini mengumumkan pengambil-alihan salah satu firma AI memfokuskan kepada pembangunan melibatkan bioteknologi, iaitu Orchestra Bio. Nilai yang dibayar oleh OpenAI tidak dinyatakan. Pengambil-alihan ini dilihat akan terus memperkukuhkan lagi kedudukan dan pembangunan OpenAI dalam arena bioteknologi.
Orchestra Bio menawarkan ejen AI dalam membantu syarikat-syarikat bioteknologi dalam menguruskan operasi melibatkan pembangunan perubatan dan kajian, termasuk dari segi membantu menguruskan operasi melibatkan kewangan, penjadualan, dan lain-lain.
OpenAI dijangka akan mengintegrasikan pasukan ini bersama pasukan sains hayat lain dibawah syarikat mereka. Selari perkembangan teknologi, kini sejumlah syarikat kecerdasan buatan sedang melihat penawaran melangkaui perisian, termasuk dari segi sains dan matematik.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.