ChatGPT Perkenal Ciri “Locked Chat” – Mengunci Sesuatu Perbualan Dengan Pin
Aman
ChatGPT hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu untuk perkhidmatan mereka, iaitu Locked Chat. Melaluinya, kini para pengguna boleh mengunci sesuatu perbualan yang dilakukan mereka bersama ChatGPT untuk perlindungan tambahan, menggunakan pin 4 digit, atau turut menggunakan FaceID atau biometrik melalui peranti mudah-alih.

Dengan langkah ini, ia dilihat akan memberikan perlindungan tambahan kepada perbualan anda, dan mengelak sebarang perbualan sensitif atau rahsia daripada dilihat oleh pengguna lain. Ciri ini mungkin sangat berguna sekiranya menggunakan peranti yang dikongsi bersama, atau sekiranya anda sering melakukan pembentangan dan perlu melindungi skrin anda daripada memaparkan sebahagian perbualan yang dilakukan pada perkhidmatan berkenaan.
Namun, pihak ChatGPT turut memberikan peringatan, dimana menetapkan semula sesuatu pin untuk akaun anda akan membuatkan perbualan yang dikunci sebelum ini dengan pin lama akan dipadam sepenuhnya.
Ciri “Locked Chat” ini boleh diakses oleh pengguna ChatGPT Free, Go, dan Plus di seluruh dunia.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.