Coros Pace 4 Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999
Amy Maizuraa
COROS Pace 4 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Jam GPS premium ini menggabungkan teknologi terkini serta bahan premium dan sesuai dijadikan pilihan bagi mereka yang serius dalam latihan serta gaya hidup aktif.


Jam ini menggunakan bezel titanium TC4 dan kaca sapphire dengan berat hanya 43g serta ketebalan 11.8mm. Ia turut digabungkan dengan skrin AMOLED 1.47 inci beresolusi 466 x 466 dengan kecerahan sehingga 3,500nits dan dikuasai oleh pemproses generasi baharu dengan memori berganda yang menjadikan sokongan peta lebih responsif.


Bateri pula mampu bertahan sehingga 60 jam dalam mod GPS, 45 jam dengan paparan sentiasa aktif dan sehingga 21 hari untuk penggunaan harian. Ia hadir dengan GPS dwi-frekuensi yang memberikan ketepatan tinggi di kawasan berbukit, hutan atau bandar dengan bangunan tinggi, serta peta penuh yang memaparkan nama jalan, laluan, titik POI, garisan kontur dan navigasi turn-by-turn.


COROS PACE 4 Pro turut menawarkan mod triathlon (renang, berbasikal, larian) serta sokongan multi-sport stacking untuk latihan pelbagai disiplin. Ia dilengkapi sensor HR optik PPG generasi terbaru yang menyokong pemantauan HRV, SpO2, barometer dan termometer. Platform Training Hub pula menyediakan analisis seperti VO2 Max, Pace Strategy, Running Fitness dan Training Load untuk memantau prestasi serta merancang latihan dengan lebih tepat.

Tidak ketinggalan, jam ini menyokong voice notes, kawalan media dengan storan muzik 32GB serta ciri keselamatan seperti amaran kecemasan dan lampu suluh terbina. Ia juga serasi dengan aplikasi popular seperti Strava, AllTrails, Komoot, DJI, GoPro dan Insta360. Bagi yang berminat, COROS PACE 4 Pro dijual di Malaysia pada harga RM1,999.