Tesla Cybercab Akan Diperlihatkan Di Pusat Pengalaman Tesla Di Singapura
Nazrin
Kereta swapandu Tesla Cybercab yang digunakan sebagai perkhidmatan roboteksi dengan nama yang sama telah mula beroperasi di Austin Texas baru-baru ini, dan terkini, Tesla nampaknya telah mengumumkan bahawa kenderaan tersebut akan diperlihatkan di Singapura untuk masa terhad.
Melalui hantaran di platform X, Tesla telah mengumumkan bahawa Tesla Cybercab akan diperlihatkan di Tesla Experience Centre di Toa Payoh, Singapura bermula hari esok, 22 Oktober 2026 sehingga 27 Oktober 2026.

Setiap roboteksi baharu Cybercab boleh membawa dua penumpang dengan terdapat ruang simpanan barang di bahagian belakang sahaja tanpa frunk hadapan. Cybercab mempunyai dua pintu lipat gunting yang dibuka dan ditutup secara automatik.
Untuk acara ini, mereka yang berminat untuk mencuba perkhidmatan Cybercab boleh mendaftar minat di laman web Tesla Singapura dimana mereka boleh memilih tarikh dan masa ujian. Mereka yang berkesempatan untuk menaiki Cybercab ini juga berpeluang memenangi pin dan pelekat berbentuk kenderaan tersebut selagi stok masih ada,.
Sumber: Tesla Singapura, X