Malaysia Teroka Peluang Kerjasama Dengan Netflix Sebagai Destinasi Untuk Pasca-Produksi
Aman
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil kini menyatakan Malaysia sedang perhalusi peluang untuk bekerjasama dengan Netflix, terutamanya dalam aktiviti pasca-produksi filem. Langkah ini juga dilihat bertujuan untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi untuk pelbagai aktiviti pasca-produksti dalam industri kreatif.
Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan peluang kerja tempatan dalam industri kreatif, termasuk untuk penyuntingan, penggredan warna, dan tugasan pasca-produksi yang lain.

Menteri Komunikasi berkongsi berkenaan perkara ini sejurus selepas pertemuan dengan pihak Netflix. Perbincangan turut dilihat lebih memfokuskan kepada ekonomi kreatif atau ekonomi jingga, dalam sektor filem dan animasi. Disamping itu, ia turut dibincangkan berkenaan potensi dalam penerbitan bersama, pembangunan bakat, dokumentari, dan juga usaha membawa karya Malaysia ke pasaran antarabangsa melalui platform Netflix.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.