NACSA Galakkan Anggota Perkhidmatan Awam Nyah-Pasang Aplikasi Waze
Aman
Disamping arahan kerajaan yang melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze oleh anggota perkhidmatan awam, kini NACSA (Agensi Keselamatan Siber Negara) turut menerbitkan soalan lazim berkenaan hal ini, dan pada masa yang sama mengalakkan anggota perkhidmatan awam untuk nyah-pasang aplikasi Waze.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, keputusan untuk larangan penggunaan aplikasi Waze dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan dan perlindungan data pengguna di Malaysia, memandangkan aplikasi Waze mengumpul data lokasi, pergerakan dan perjalanan, dan turut menyimpan data berkenaan di Israel.
Buat masa ini, larangan ini terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi – tetapi lebih digalakkan untuk nyah-pasang terus aplikasi berkenaan dan menggunakan beberapa aplikasi navigasi alternatif. Dua aplikasi navigasi tempatan yang baru di pasaran adalah termasuk Tuju dan juga Pintaz.
Selain NACSA, Perdana Menteri turut menyarangkan seluruh rakyat Malaysia untuk turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif lain.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.