Studio Bioware Ditutup Oleh EA
Effi Saharudin
Electronic Arts menutup studio Bioware selepas 31 tahun beroperasi. Studio legenda yang membangunkan permainan video Mass Effect, Dragon Age, Neverwinter Night, Baldur’s Gate, Anthem dan Star Wars: Knights of The Old Republic ini menutup pintu dengan permainan Mass Effect baharu yang sedang dibangunkan turut telah dibatalkan.

Penutupan hadir selepas EA dibeli oleh firma Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake dengan nilai jualan mencecah $55 bilion dimuktamadkan pada Ogos lalu. Pasca diambil alih, pemilik baharu memberhentikan 400 pekerja sebagai langkah pengurangan kos operasi.
EA kini memberikan tumpuan kepada permainan sukan seperti EA FC, Madden NFL, Battlefield, The Sims dan beberapa lagi francais yang lebih menguntungkan. Walaupin Bioware kini tinggal kenangan, siri TV Mass Effect yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan di Prime Video.
Sebagai peminat tegar Bioware, saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana memperkenalkan saya kepada dunia RPG menerusi KoToR. Tanpa KoToR saya mungkin tidak akan mencuba Baldur’s Gate, Mass Effect, Diablo, dan Fallout.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.