Kerentanan Kritikal PHP Dikesan Menjejaskan 70% Laman Web Dunia
Effi Saharudin
Dua kerentanan kritikal pada bahasa pengaturcaraan PHP dikesan lewat malam semalam dengan ia menjejaskan sekitar 70% laman web seluruh dunia. Kerentanan dikesan oleh oleh firma sekuriti Wiz dan Calif menggunakan beberapa model kecerdasan buatan (AI) Wiz Atlas, Gemini 4 Argon dan GPT-5.6 Sol.

Kerentanan pertama membolehkan Remote Code Execution (RCE) dilakukan tanpa pengesahan. Kerentanan kedua pula pepijat menyebabkan kerosakan pada proses memori membolehkan penggodam membocorkan kata laluan, token, API key dan sijil keselamatan.
Kerentanan ini dianggap serius kerana PHP digunakan pada platform utama seperti PHP digunakan oleh platform besar seperti WordPres, Drupa, Joomla dan Wikipedia. Ia menjejaskan lama yang menggunakan versi PHP 5.4 dan ke atas. PHP telahpun mengeluarkan dua tampalan sekuriti semalam dan menggesa pengendali lama untuk melakukan kemas kini dengan segera.
Selepas diumumkan laman kerajaan Belanda, Denmark, Finland dan Perancis telah dikeluarkan daripada talian seketika bagi melakukan proses kemas kini yang kritikal.