Simfoni Sempurna Antara Skrin dan Speaker Dengan Samsung
Effi Saharudin
Kali terakhir saya membeli TV ialah sebelum Covid dan akibatnya selepas lebih 7 tahun, TV Android di rumah sudah terlalu berusia sehingga tidak lagi menerima kemas kini tampalan sekuriti. Yang lebih mengecewakan lesen DRM untuk penstriman juga luput disebabkan sudah lebih dua tahun tidak menerima kemas kini daripada pengeluar.

Maka saya kini dalam situasi ingin mencari TV baharu yang bukan sahaja menawarkan kualiti visual paling mantap tetapi juga mudah digunakan serta mempunyai sokongan perisian yang lebih baik bagi mengelakkan insiden di atas berulang sekali lagi.
Jawapan saya kepada persoalan “TV mana yang saya (dan jika anda dalam situasi yang sama) perlu beli hari ini” ialah Samsung R95H Micro RGB 4K dengan speaker Samsung Soundbar HW-Q990H.
Visual Membakar Retina
R95H dilengkapi panel Micro RGB 4K yang merupakan teknologi paling terkini ditawarkan Samsung kepada konsumer. Dengan LED besaiz mikro, skrin dapat dipaparkan dengan lebih terang (sehingga 2500 nits) dan warna juga lebih tepat untuk memaparkan 100 gamut BT.2020. Dalam bahasa kurang teknikal skrin sangat terang untuk membakar retina apabila memaparkan kandungan HDR dan warna tepat yang selama ini hanya boleh dinikmati pada panel OLED.

Skrin R95H juga ada lapisan anti silau yang sangatlah membantu apabila menonton TV di waktu siang hari. Tidak timbul isu apabila menonton TV di siang hari yang anda nampak ialah pantulan tubuh anda sendiri dan bukannya kandungan yang ingin ditonton.
Aplikasi
TV mantap tidak berguna tanpa aplikasi. Sistem operasi Tizen OS yang digunakan R95H menyokong majoriti aplikasi penstriman utama dunia dan juga tempatan. Ada Netflix, YouTube , Disney+ (versi baharu), Prime Video, Apple TV dan HBO Max semuanya dengan sokongan HDR10+ serta resolusi 4K. Tidak timbul isu DRM pada TV ini.

RTM Klik, UnifiTV dan Astro juga ditawarkan dengan versi terkini pada stor aplikasi. Tidak perlu risau ketinggalan aplikasi tempatan yang kerap kali menawarkan penstriman rancangan antarabangsa secara percuma.
Gaming
Gaming juga tidak boleh dilupakan. Dengan skrin sehingga 85″ anda boleh menyelam ke dalam dunia GTA, Red Dead Redemption, The Witcher, Ace Combat dan banyak lagi. Terdapat pilihan tetapan terbaik untuk pelbagai genre permainan serta sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz apabila diperlukan. Pelbagai tetapan pantas khusus untuk gaming diakses menerusi Game Bar. Keempat-empat port HDMI turut menyokong HDMI 2.1 untuk kadar segar semula tinggi.

Hab Pintar
TV tidak semestinya digunakan untuk hiburan. Menerusi ekosistem Samsung SmartThings, R95H juga berfungsi sebagai hab peranti berhubung (IoT) di rumah. Kamera depan rumah, kitaran basuh mesin basuh, notifkasi peti sejuk terbuka, lampu bilik, penyaman udara, pengesan asap, dan banyak lagi boleh diakses terus daripada TV.

Dengan integrasi Bixby, anda juga boleh menggunakan Routines untuk melakukan tetapan automatik beberapa peranti IoT serentak. Misalnya aktifkan Routines untuk menonton filem dimana telefon disenyapkan, langsir tingkap ditutup, penyaman udara pada tetapan sejuk dan lampu dimatikan untuk mengubah ruang tamu menjadi panggung wayang.
Simfoni Audio
Visual mantap pada skrin tidak bermakna tanpa audio yang juga premium. Apabila diprrradankan dengan soundbar HW-Q990H. Q-Symphony membolehkan speaker TV dan soundbar diselarikan untuk menghaserrreilkan simfoni paling serasi. HW-Q990H boleh mengubah kelantangan audio mengikut saiz bilik secara automatik.

Mahukan audio di rumah serupa panggung? HW-Q990H menyokong Dolby Atmos untuk audio yang menyeluruh serta berdentum seperti yang diinginkan oleh pembikin filem. Ekosistem Samsung juga membenarkan sistem Dolby Atmos ini digunakan secara nirwayar bagi mereka yang inginkan ruang tamu yang tidak berselirat dengan kabel.
Dengan kata lain, kombinasi Samsung R95H Micro RGB 4K dengan Samsung Soundbar HW-Q990H. dan menghasilkan simfoni sempurna antara skrin dan speaker paling serasi untuk ruang tamu anda.