Anthropic Turut Bersaing Dalam Arena Ejen AI Peribadi Melalui Claude Duet
Aman
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai syarikat bersaing antara satu sama lain dalam memperkenalkan ejen AI peribadi. Pihak Meta sedia menempa nama melalui penawaran Muse untuk pasaran Amerika Syarikat, sementara OpenAI telah memperkenalkan Dots baru-baru ini. Kini, Anthropic turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Claude Duet.
Claude Duet ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Claude Duet akan memperlihatkan senarai tugasan yang memerlukan perhatian anda, dan seterusnya membolehkan anda meminta ia melaksanakan sejumlah tugasan secara kendiri. Ia akan kembali kepada anda semula sekiranya memerlukan sebarang perhatian atau kebenaran tambahan sebelum ia melaksanakan sesuatu tugasan.
Claude Duet boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk menjadualkan mesyuarat dan temujanji, membandingkan kewangan, membangunkan aplikasi web, dan sebagainya. Claude Duet ini beroperasi menggunakan model Opus 5.5 yang terkini, dan turut boleh beroperasi secara awanan, tanpa anda perlu membuka peranti sepanjang masa.
Anthropic menyasarkan menawarkan Claude Duet untuk semua pelanggan berbayar mereka, bermula pelan $20 sebulan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pengguna di Malaysia akan menerima akses ke Claude Duet ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.