Aplikasi Serasi Dengan iPhone Duo Menerima Lencana Khas Di App Store
Effi Saharudin
Apple iPhone Duo secara rasmi akan diterima pembeli yang melakukan pratempahan hari ini di seluruh dunia. Dengan ia adalah peranti boleh lipat pertama Apple, jumlah aplikasi di App Store yang menyokongnya masih kecil. Pagi ini lencana “Made for iPhone Duo” dipaparkan pada aplikasi dalam App Store bagi memudahkan pemilik awal mencari aplikasi yang serasi dengan iPhone Duo.

Lencana telah mula dipaparkan pagi ini dan kami dapat melihat antara aplikasi awal menyokong iPhone Duo ialah Apple TV, Prime Video, Netflix, iQiyi, Instagram, Edits, Taobao, Asphalt Legends, dan Zenless Zone Zero. Aplikasi tempatan yang disahkan akan menyokong iPhone Duo ialah Grab, Zus, dan Astro Radio.
Aplikasi untuk iPhone Duo berbeza dengan untuk iPadOS kerana ia perlu direka untuk digunakan dalam mod skrin luar dan skrin dalam. Taktik yang digunakan Apple ini sama dengan dilakukan Google menerusi Android 12L yang khusus untuk menyokong generasi pertama peranti skrin lipat lima tahun lalu.