Aplikasi TuJu Telah Dimuat-Turun Lebih 700,000 Pengguna Dalam Minggu Ini Sahaja
Aman
TuJu menerima perhatian ramai pada minggu ini, selari langkah kerajaan yang melarang penjawat awam daripada penggunaan Waze kerana risau akan berkenaan data lokasi yang boleh diakses pihak Israel. Beberapa aplikasi tempatan dan global yang lain seterusnya menjadi fokus ramai pengguna dalam menjadikannya sebagai alternatif dan menggunakannya untuk navigasi harian.

TuJu merupakan salah satu yang menerima perhatian, selari promosi oleh Perdana Menteri sendiri. Berkongsi mengenainya, TuJu berkongsi mengatakan telah merekodkan angka muat-turun melangkaui 700,000 dalam masa hanya lebih sehari sahaja. Ini boleh dikatakan angka muat-turun yang tinggi untuk aplikasi tempatan dalam jangka masa pendek. Peningkatan angka pengguna mendadak juga membawa kepada sejumlah masalah tergendala pada sistem, yang sedang dibaik-pulih segera oleh pasukan TuJu. Aplikasi navigasi ini telah diperkenalkan sejak penghujung November 2025 yang lepas.

Selain TuJu, satu lagi aplikasi tempatan yang turut menerima perhatian ramai adalah Pintaz, yang turut ditawarkan di Android dan juga iPhone.