Greece Haramkan Media Sosial Untuk Pengguna Bawah 15 Tahun Bermula 2027
Effi Saharudin
Greece menjadi sebuah lagi negara mengharamkan penggunaan platform media sosial kepada pengguna bawah umur. Parlimen Greece meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak bawah umur 15 tahun menggunakan platform media sosial hari ini dengan ia akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2027.

Langkah dibuat berikutan kebimbangan kesan media sosial terhadap kesihatan dan keselamatan golongan muda di negara tersebut. Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berkata syarikat media sosial mempunyai kira-kira dua setengah bulan untuk membangunkan sistem pengesahan umur pengguna.
Gerakan mengharamkan penggunaan platform media sosial dalam kalangan pengguna bawah umur dimulakan oleh Australia tahun lalu sebelum diikuti oleh Malaysia, Turkiye, UAE, Kanada, Indonesia dan Perancis. Tetapi di Perancis pengharaman telah dibatalkan pada Ogos lalu kerana didapati melanggar perlembagaan negara.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.