Instagram Kini Menawarkan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk Apple TV
Aman
Instagram kini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, sekaligus menyertakan sokongan untuk Apple TV. Dengan penawaran ini, kini pengguna Apple TV boleh menikmati kandungan Instagram pada kaca televisyen yang besar.

Instagram TV sebelum ini telah ditawarkan untuk pengguna Google TV dan Samsung Smart TV. Perluasan untuk Apple TV sekaligus membolehkan para pengguna menikmati kandungan Reels, gambar dan video yang dikongsikan melalui Instagram pada kaca televisyen di ruang tamu. Pengguna juga turut boleh menikmati siaran langsung Instagram Live dan ciri-ciri lain melalui Apple TV.

Bagi anda yang menggunakan Apple TV, boleh memuat-turun aplikasi Instagram dan mula menikmati kandungan Instagram pada kaca televisyen anda hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.