Foodie Media Bakal Perkenal Platform Menghubungkan Pempengaruh Dengan Pengiklan Dalam Masa Terdekat
Aman
Disamping sedang membangunkan platform khusus memfokuskan makanan, kini CEO Foodie Media, Pinn Yang turut berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan platform yang menghubungkan pempengaruh dengan pengiklan dalam masa terdekat.
Untuk makluman, pihak Foodie Media sedia menguruskan sejumlah kempen dengan berhubung bersama pempengaruh secara manual pada hari ini. Melalui pengenalan platform ini, ia dijangka akan mengautomasikan sejumlah perkara, dan memudahkan proses pengiklan dan pempengaruh berkomunikasi dan seterusnya melancarkan kempen masing-masing.
Buat masa ini, nama dan terma termasuk caj yang dikenakan masih tidak dikongsikan lagi. Pengenalan platform ini juga dijangka akan menjadi salah satu sumber pendapatan untuk Foodie Media, disamping mengukuhkan kedudukan dalam arena pempengaruh di Malaysia.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.