Pemilik iPhone Duo Melaporkan Isu Skrin Mudah Rosak
Effi Saharudin
Apple iPhone Duo mula dijual pada Jumaat lalu dengan ia segera tular di media sosial kerana menawarkan pengalaman skrin lipat yang tidak pernah dinikmati pengguna iPhone. Tetapi selepas beberapa hari di pasaran, sudah muncul beberapa laporan pemilik awal menghadapi isu skrin luar yang sudah mengalami kerosakan beberapa jam selepas dibeli.

Kerosakan pada skrin lipat hampir kesemuanya kelihatan sama dengan garis merentasi skrin daun pintu kanan dan satu lagi pada bahagian engsel. Pemilik melaporkan skrin tiba-tiba rosak semasa peranti dilipat. Sejauh manakah tahap keseriusan isu ini belum lagi diketahui kerana kita kini tinggal dalam zaman edan imej palsu boleh dijana menggunakan AI.
Pihak Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu skrin lipat yang mudah rosak. Yang pasti ini adalah isu biasa yang berlaku pada produk generasi pertama. iPhone X pertama mempunyai isu garisan muncul pada unit-unit jualan awal.
Galaxy Z Fold pertama juga mempunyai masalah skrin rosak sejurus selepas dibeli dengan insiden paling tular ialah pempengaruh mencabut lapisan plastik pada skrin kerana disangka adalah sekadar pelindung. Akibatnya keseluruhan skrin rosak sehingga memerlukan gantian yang menelan belanja tinggi.
Sumber – r/iPhoneDuo