Pengguna Kelak Boleh Menjana Draf Video CapCut Terus Dalam ChatGPT
Amy Maizuraa
CapCut bakal membolehkan pengguna menghasilkan draf video terus melalui ChatGPT sebelum meneruskan proses suntingan dalam aplikasi tersebut. Pengguna hanya perlu memasukkan idea atau konsep asas dalam ruang sembang sebelum draf video dijana dan dibuka di CapCut untuk proses kemasan seperti pemotongan klip, pelarasan audio dan penyusunan kandungan.

Perkembangan ini memperlihatkan bagaimana ChatGPT kini bukan lagi sekadar digunakan untuk menjana idea malah mula menjadi sebahagian daripada proses awal penghasilan video. Namun begitu, sejauh mana pendekatan ini akan mempengaruhi cara pencipta kandungan menghasilkan dan menyunting video masih belum dapat dipastikan.
Buat masa ini, CapCut hanya mengesahkan ciri tersebut akan diperkenalkan sekitar November tanpa mendedahkan tarikh pelancaran yang khusus. Maklumat berkaitan harga serta keperluan langganan juga masih belum dikongsikan termasuk sama ada pengguna perlu melanggan ChatGPT, CapCut atau kedua-duanya untuk mengakses fungsi berkenaan.
Sumber: Instagram
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.