Politeknik Memfokuskan AI Akan Dibina Di Lumut, Perak
October 26, 2026
Aman
Politeknik memfokuskan bidang kecerdasan buatan dicadangkan akan dibina seawal tahun 2027 kelak, dan telah pun dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Politeknik berkenaan akan dibina di Lumut, Perak.
Selain bidang kecerdasan buatan, politeknik berkenaan juga akan memberikan tumpuan ke bidang teknikal lain, sekaligus melahirkan lepasan yang pakar dalam bidang teknologi. Langkah ini juga dilihat sejajar dengan usaha dalam memperkasakan sistem TVET, dan melahirkan tenaga kerja mahir.
Selain Politeknik dengan fokus AI, terdapat beberapa universiti juga telah memulakan pembangunan fakulti yang memfokuskan khusus pada bidang kecerdasan buatan dan robotik.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.