Anthropic Memfailkan Untuk Penyenaraian Awam Di Nasdaq
Aman
Anthropic yang popular dengan penawaran Claude, kini secara rasminya mengumumkan akan melakukan penyenaraian awam, di brusa Nasdaq. Anthropic akan didagangkan dengan simbol “ANT”, dan melalui penyenaraian awam ini, ia dilihat Anthropic menyasarkan untuk menilaikan syarikat antara $1.5 trilion ke $2 trilion. Anthropic mungkin menyasarkan untuk meraih sehingga $100 bilion melalui penyenaraian awam ini.
Dana yang diraih melalui penyenaraian awam akan digunakan untuk melabur pada infrastuktur, dan pada masa yang sama untuk ambil-alih perniagaan lain dan juga teknologi lain. Mengikut laporan kewangan semasa yang dikongsikan, Anthropic mencatatkan kerugian sebanyak $80.7 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2026 ini.
Mengikut beberapa jangkaan awal, Anthropic dijangka mula didagangkan secara rasmi bermula November ini, dan ia akan menentukan bagaimana pelbagai pihak melihat kepada syarikat berasaskan kecerdasan buatan. Selain Anthropic, OpenAI juga dijangka akan melakukan penyenaraian IPO untuk syarikat mereka selepas ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.