Instagram Mula Menguji Video Berdurasi Sehingga 90 Minit
Aman
Instagram kini memulakan ujian untuk video dengan paparan landskap, dan dengan durasi mencapai sehingga 90 minit bersama beberapa penerbit kandungan di Amerika Syarikat. Ciri ini dinamakan sebagai Instagram Features, dilihat turut menyasarkan untuk meningkatkan lagi kandungan podsiar di platform Instagram, selain video-video panjang yang lain.
Ciri baru ini hadir hanya beberapa hari selepas Instagram memperkenalkan aplikasi untuk Apple TV.
Melalui ciri Instagram Features ini, ia berhasrat untuk membolehkan para pengguna untuk melihat sesuatu klip dengan mudah di Reels, dan seterusnya tap ia untuk menonton kandungan penuh – semua tanpa meninggalkan platform Instagram.
Instagram juga dijangka memperluaskan ujian ciri ini ke beberapa buah negara lain dalam beberapa bulan lagi. Langkah ini juga sekaligus memperlihatkan Instagram turut bersaing untuk waktu tontonan bersama sejumlah platform lain, termasuk YouTube, Netflix, Hotstar, TikTok dan sebagainya – yang turut mula menarik penerbit kandungan podsiar ke platform masing-masing.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.