vivo X500 Pro Max – Gambar Jadi Kekuatan, Video Jadi Kelebihan
Amy Maizuraa
Ada perkara yang berlaku tanpa dirancang. Kadangkala ia sekadar momen menarik yang mencuri perhatian dan kadangkala pula kenangan berharga yang ingin disimpan. Dalam situasi seperti itu, telefon pintar sering menjadi peranti pertama yang dicapai. Atas sebab itulah vivo X500 Pro Max hadir dengan sistem kamera yang direka untuk membantu pengguna merakam setiap detik dengan lebih mudah dan berkualiti.

Kamera Untuk Setiap Situasi
Apa yang menarik, pengalaman fotografi yang ditawarkan tidak bergantung kepada satu kamera sahaja. Dalam penggunaan harian, setiap situasi biasanya memerlukan pendekatan yang berbeza. Ada masanya kita mahu merakam sesuatu seperti yang dilihat di depan mata. Ada juga ketika lebih banyak ruang perlu dimuatkan dalam satu bingkai.

Untuk tujuan itu, vivo X500 Pro Max dilengkapi dengan 50MP ZEISS True Dynamic Main Camera sebagai kamera utama, manakala 50MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera membantu merakam lebih banyak pemandangan dalam satu gambar. Jadi tidak perlulah mengundur beberapa langkah semata-mata mahu memastikan semuanya masuk ke dalam bingkai.








Kamera hadapannya juga tidak diketepikan. Dengan 50MP ZEISS Wide-Angle Front Camera, lebih banyak ruang boleh dimuatkan dalam satu rakaman. Kalau anda jenis yang gemar mengambil swafoto berkumpulan atau merakam video bersama rakan-rakan, perkara seperti ini memang terasa bezanya.




Bila Subjek Berada Jauh Dari Pandangan
Namun begitu, bukan semua perkara berlaku betul-betul di depan kita. Pernah tak anda nampak sesuatu yang menarik dari jauh, keluarkan telefon untuk merakamnya tetapi hasil yang diperoleh tidak sama seperti yang dilihat dengan mata sendiri? Situasi seperti itu selalunya lebih mencabar daripada yang disangka.



Di sinilah 200MP ZEISS APO Telephoto pada vivo X500 Pro Max memainkan peranannya. Kamera ini membantu membawa subjek yang jauh lebih dekat sambil mengekalkan perincian yang penting. Digabungkan dengan X-Track Engine, fokus juga dapat dikekalkan dengan lebih baik walaupun subjek sedang bergerak.

Rakam Tanpa Risau Fokus Dan Gegaran
Merakam pada jarak jauh juga sering menguji kestabilan tangan. Sedikit pergerakan sudah cukup untuk menjejaskan hasil gambar atau video, terutama apabila menggunakan tahap zum yang tinggi. Dengan sokongan CIPA 7.0 Professional Stabilization, rakaman kekal stabil walaupun subjek berada jauh dari kamera. Perkara ini menjadi lebih penting ketika merakam video. Apabila sesuatu sedang berlaku di depan mata, kebanyakan orang hanya mahu mengeluarkan telefon dan menekan butang rakam. Bukannya sibuk memeriksa sama ada fokus masih tepat atau subjek masih berada dalam bingkai.

Di sinilah Auto Framing Fancam, Lock-On Subject Tracking dan Pro AF Tracking Video pula membantu memastikan subjek kekal berada dalam fokus walaupun bergerak. Pengguna pula boleh terus memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku tanpa perlu terlalu memikirkan soal rakaman. Bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu yang berbeza, vivo X500 Pro Max turut menyediakan beberapa pilihan menarik ketika merakam video. Vortex Shot menghasilkan rakaman dengan kesan putaran yang lebih dramatik, manakala Dual View membolehkan kamera hadapan dan belakang digunakan serentak dalam satu rakaman.

Apabila rakaman dimainkan semula dalam 4K 120fps, setiap pergerakan kelihatan lebih lancar dan terperinci. Ada perkara yang mungkin tidak begitu disedari ketika rakaman dibuat, tetapi menjadi lebih jelas apabila ditonton semula. Kadangkala, butiran kecil yang terlepas pandang pada waktu itu hanya benar-benar kelihatan selepas video dimainkan semula.

Lebih Banyak Cara Untuk Berkreativiti
Dan menariknya, pengalaman itu tidak berakhir selepas butang rakam ditekan. Dengan sokongan Cinematic Pro Log Video dan 17 EV True Dynamic Log Video, warna, cahaya dan suasana dalam rakaman dapat dikekalkan dengan lebih baik. Hasilnya, video yang dimainkan semula kelihatan lebih hampir kepada apa yang dilihat ketika rakaman dibuat.

Kalau anda gemar berkongsi kandungan di media sosial, Cinematic Look pula menyediakan beberapa gaya visual yang boleh digunakan terus tanpa perlu menghabiskan masa yang lama untuk menyunting. Rakaman harian yang biasa pun sudah kelihatan cukup kemas untuk terus dikongsi. Malah, 4K 240fps High Frame Rate Video membolehkan rakaman gerak perlahan dihasilkan dengan lebih lancar. Pergerakan yang biasanya berlaku terlalu pantas untuk diperhatikan kini dapat dilihat dengan lebih jelas.

Cara orang menghasilkan dan berkongsi video hari ini juga sudah banyak berubah. Cuba fikirkan sendiri, berapa ramai yang sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk menyunting video sebelum dimuat naik ke media sosial?
Sebab itu ciri seperti 4K Cinematic Portrait Video, 4K Cinematic Color Video dan 4K Master Color Video menjadi semakin berguna. Pilihan seperti Golden Hour dan Sunny Day pula membantu memberikan suasana yang berbeza pada rakaman tanpa memerlukan banyak suntingan tambahan selepas itu.

Dalam kebanyakan situasi, pengguna hanya perlu mengeluarkan telefon dan menekan butang rakam. Selebihnya, kamera membantu menghasilkan video yang sudah kelihatan kemas sejurus rakaman selesai. Bagi ramai pengguna, itu sudah lebih daripada mencukupi untuk terus dikongsikan kepada rakan-rakan atau dimuat naik ke media sosial.
Kalau ditanya secara jujur, berapa ramai yang benar-benar memikirkan spesifikasi ketika mahu mengambil gambar atau merakam video? Kebanyakan orang hanya mahukan sebuah telefon yang boleh diharap apabila diperlukan. Apabila nampak sesuatu yang menarik, telefon dikeluarkan, kamera dibuka dan butang rakam ditekan. Semudah itu.

Itulah yang cuba ditawarkan oleh vivo X500 Pro Max. Sama ada untuk mengambil gambar, merakam video atau sekadar menyimpan kenangan yang berlaku secara spontan, semuanya boleh dilakukan menggunakan satu peranti yang sentiasa berada di tangan.
Lebih Daripada Kamera
Kamera mungkin menjadi perkara pertama yang menarik perhatian, tetapi cuba fikirkan semula. Berapa lama dalam sehari anda benar-benar menggunakan telefon untuk mengambil gambar dan merakam video? Selebihnya, telefon yang sama digunakan untuk membalas mesej, menyemak media sosial, menonton video, bekerja dan macam-macam lagi.

Sebab itu vivo tidak hanya memberi tumpuan kepada kamera. Menerusi OriginOS 7, pengalaman penggunaan harian turut diberikan perhatian. Jika anda datang daripada ekosistem Apple, berita baiknya ialah anda tidak perlu meninggalkan peranti yang sudah biasa digunakan. Apple Watch, AirPods, iCloud, iPad dan MacBook masih boleh digunakan bersama vivo X500 Pro Max, sekali gus menjadikan proses bertukar peranti terasa lebih mudah daripada yang disangka.

Pada masa yang sama, ciri seperti Office Kit, Camera Sharing dan Shake & Share membantu memudahkan urusan harian. Mahu hantar fail ke peranti lain? Sambung kerja yang belum siap? Atau menggunakan telefon sebagai kamera ketika panggilan video? Semuanya boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.
Bagi mereka yang sering bertukar antara beberapa aplikasi dan peranti sepanjang hari, perkara seperti ini memang terasa bezanya. Origin Workbench membantu menguruskan beberapa tugasan serentak dengan lebih teratur, manakala Origin Smooth Engine memastikan setiap pergerakan dan pertukaran aplikasi terasa lancar.

Prestasi Dan Ketahanan Untuk Penggunaan Harian
Soal prestasi pula tidak perlu dirisaukan. Dengan Dimensity 9600 Pro, telefon ini dibina untuk mengendalikan pelbagai tugasan harian tanpa banyak kompromi. Sama ada menonton kandungan, bermain permainan, menyunting video atau menggunakan beberapa aplikasi pada masa yang sama, semuanya boleh dilakukan dengan selesa.

Bateri? Itu juga biasanya antara perkara pertama yang ditanya pengguna. Dengan kapasiti bateri yang besar, vivo X500 Pro Max direka untuk menemani penggunaan sepanjang hari tanpa perlu terlalu kerap mencari pengecas. Skrin 2K ZEISS Master Color Display pula menjadikan pengalaman menonton lebih menyeronokkan dengan paparan yang terang dan jelas. Kalau tiba-tiba hujan ketika sedang menggunakan telefon pun tidaklah terlalu merisaukan kerana ia turut hadir dengan perlindungan IP68 dan IP69.

Bukan semua perkara boleh dirancang. Ada kalanya sesuatu yang menarik berlaku dalam sekelip mata dan ketika itulah telefon memainkan peranan yang penting. Dengan gabungan kamera, prestasi dan pengalaman penggunaan yang ditawarkan, vivo X500 Pro Max dibina untuk membantu pengguna merakam, menyimpan dan berkongsi setiap pengalaman dengan lebih mudah. Jika anda sedang mencari sebuah telefon yang mampu menemani pelbagai keperluan sepanjang hari, ini sememangnya antara model yang wajar diberikan perhatian.
Penafian: Advertorial dibawakan oleh vivo Malaysia.