Apple Akui Berkenaan Masalah Skrin iPhone Duo Yang Dihadapi Sejumlah Kecil Pengguna
Aman
Sejak daripada pelancaran Apple Duo pada penghujung minggu lepas, sejumlah kecil pengguna telah berkongsi menyatakan telefon boleh-lipat mereka menghadapi masalah kerosakkan pada skrin. Lanjutan daripadanya, kini pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi kepada Bloomberg.

Melaluinya, Apple akui berkenaan masalah skrin berkenaan, mengatakan ia melibatkan hanya sejumlah kecil, melibatkan skrin dalam pada iPhone Duo. Apple mengatakan sekiranya menghadapi masalah berkenaan, anda boleh menghubungi AppleCare untuk gantian. Apple turut mengatakan kebanyakkan Apple Duo tidak terkesan dengan masalah ini, dan sekiranya terkesan, ia memperlihatkan kerosakkan dengan serta-merta.
Beberapa pengguna melaporkan kerosakkan selepas hanya menggunakan ia seperti biasa, dan tutup buka peranti berkenaan. Hanya skrin pada bahagian dalam dilihat menghadapi kerosakkan, dan pengguna yang terkesan masih boleh menggunakan skrin luaran pada peranti tersebut.
Perkara ini semestinya tidak memberikan nama yang baik kepada Apple, apatah lagi selepas mengambil masa yang lama dalam memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka. Pihak Apple tidak menyatakan apa yang mengakibatkan perkara berkenaan. iFixit menjangkakan yang masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh bahagian engsel pada peranti berkenaan yang merosakkan skrin, dan bukan masalah pada skrin peranti tersebut sendiri.