Microsoft Tawar Skim Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Kakitangan
Effi Saharudin
Microsoft menawarkan skim berhenti secara sukarela kepada sekitar 60,000 kakitangan semalam dengan ia dilihat sebagai langkah mengawal kos operasi untuk membiayai pelaburan besar syarikat dalam infrastruktur dan teknologi AI. Angka ini bersamaan sekitar 27% jumlah kakitangan Microsoft pada ketika ini.

Kakitangan yang ditawarkan skim ini terdiri daripada mereka yang bertugas dalam bahagian Copilot, kewangan, sumber manusia, Windows, Xbox dan pengalaman kecerdasan buatan (AI). Hanya kakitangan bahagian pemasaran, perniagaan komersial dan sekuriti dikecualikan daripada skim ini.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Microsoft, Amy Coleman, berkata skim ini memberi pilihan kepada pekerja yang ingin meninggalkan syarikat dengan sokongan yang sesuai, sambil membolehkan organisasi menyesuaikan tenaga kerja mengikut keperluan baharu.
Ini merupakan satu lagi gelombang pengurangan tenaga kerja yang dilakukan oleh Microsoft. Pada Julai lalu mereka membuang 4800 pekerja di bawah usaha penyusunan semula syarikat. Antara yang terjejas terus ialah kakitangan di bawah payung Xbox dengan ia turut menyebabkan beberapa studio telah ditutup
Sumber – AP