NVIDIA Melabur $3 Bilion Pada Meta
NVIDIA kini mengatakan mereka akan melabur $3 bilion pada penawaran ekuiti Meta, sekaligus mengukuhkan kerjasama kedua-dua syarikat berkenaan. Selain pelaburan, kerjasama antara kedua syarikat juga akan melibatkan Muse, iaitu penawaran ejen AI oleh Meta yang masih terhad ke beberapa buah negara sahaja buat masa ini.

Pelaburan ini hadir selari Meta yang sedang meraih dana tambahan berjumlah $95 bilion dalam menyokong penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan mereka, terutamanya Muse. Dana tambahan ini diperlukan dalam menyokong kuasa perkomputeran dan infrastruktur yang diperlukan untuk menampung jumlah pengguna tinggi.
Penawaran ejen AI juga mengubah kaedah pengguna berinteraksi dan melakukan tugasan harian, dimana sejumlah besar perkara boleh diautomasikan, membawa kepada kadar produktiviti lebih tinggi. Disamping itu, Meta juga akan menggunakan dana yang diraih untuk membangunkan model kecerdasan buatan yang lebih berkuasa, selari perkembangan arena berkenaan.
Untuk makluman, sebelum ini NVIDIA turut telah melabur pada OpenAI, Anthropic, xAI dan juga Intel – selain sejumlah syarikat startup memfokuskan AI lain.