Kemaskini iOS 27.2 Untuk Menyokong Apple Pencil di iPhone Duo dan Siri AI Boleh Dimuat Turun
Effi Saharudin
Kemas kini iOS 27.2 kini boleh dimuat turun model iPhone yang disokong dengan ia membawakan dua ciri baharu yang berguna. Pada iPhone 15 Pro dan ke atas, Siri AI akhirnya diaktifkan dengan ia lebih pintar mendapatkan maklumat dengan konteks peribadi lebih baik. Ia juga mengingati konteks perbualan yang telah dilakukan sebelum ini.

Kemudian untuk iPhone Duo, sokongan Apple Pencil (USB-C) akhirnya diberikan dengan ia membolehkan stylus digunakan terus pada skrin luar dan dalam telefon lipat pertama Apple. Ciri Edge Light juga diaktifkan dengan skrin akan menyala seperti sebuah lampu bulat untuk menerangkan wajah semasa melakukan panggilan video.
Selain itu sokongan tera air SynthID akan diberikan pada gambar yang dijana menggunakan AI. Kemas kini boleh dimuat turun secara OTA sekarang dengan saiz fail adalah 15.14 GB.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.