Vivo Buds Clip Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799
Amy Maizuraa
Vivo turut membawa masuk Buds Clip ke pasaran Malaysia. Ia hadir dengan rekaan terbuka berbentuk subang bergaya sambil mampu mengekalkan keselesaan untuk penggunaan harian.


Buds Clip dilengkapi pemandu audio 12mm dengan sokongan Hi-Res Wireless Audio serta codec LDAC/AAC/SBC. Ia juga menggunakan cip BES2710IHC bersama teknologi DeepX dan VPU Bone Conduction untuk kualiti panggilan yang lebih jelas. Ciri AI Noise Cancellation turut disertakan untuk bantu mengurangkan bunyi persekitaran semasa panggilan.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.4 dengan jarak 10meter. Bateri pula mampu bertahan sehingga 10 jam untuk satu pengecasan atau 42 jam apabila digunakan bersama pod pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuklah ciri Adaptive Volume, mod bunyi boleh disesuaikan, pengecasan USB-C dan penarafan IP55.

Bagi yang berminat, Buds Clip dijual pada harga RM799. Ahli vivo Fans pula boleh membelinya pada harga promosi serendah RM639.