Kerajaan Saman MyEG dan Zetrix AI Kerana Gagal Lunas Kutipan JPJ
Effi Saharudin
Kerajaan sedang dalam proses mengambil tindakan saman sivil dan perundangan terhadap MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad susulan kegagalan kedua-dua syarikat melunaskan keseluruhan tunggakan hasil kerajaan berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan memandang serius kegagalan pemindahan hasil berkenaan kerana wang kutipan kerajaan tidak dibenarkan dijadikan sebahagian daripada dana operasi syarikat manakala sebarang kelewatan menyerahkan wang itu adalah pelanggaran serius terhadap syarat perjanjian.
Sebelum ini kami laporan MyEG gagal menyerahkan RM314 juta kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang dikumpul antara Mei hingga September walaupun telah beberapa kali diingatkan. Akibatnya JPJ menggantung semua perkhidmatan melalui MyEG berkuat-kuasa 5 Oktober lalu.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.