Pusat Data Di Malaysia Perlu Menggunakan Sekurang-kurangnya 30% Tenaga Boleh Baharu
Aman
Kerajaan kini meluluskan sebuah keperluan untuk pusat data di Malaysia, dimana ia perlu menggunakan sekurang-kurangnya 30% tenaga boleh baharu. Disamping itu, pusat data turut digalakkan untuk menjana tenaga elektrik sendiri melalui penggunaan panel solar.
Langkah ini sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional, dan pada masa yang sama selari dengan agenda peralihan tenaga Malaysia.
Pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) kini dalam proses membangunkan kerangka dan garis panduan menyeluruh berkaitan hal ini untuk kemudahan penjanaan tenaga sendiri, serta penetapan penggunaan sekurang-kurangnya 30$ tenaga boleh baharu di pusat data.
Disamping itu, kerajaan turut menekankan setiap permohonan untuk bekalan elektrik untuk pembangunan pusat data melalui penilaian teknikal menyeluruh – termasuk dari segi kemampuan dan kapasiti penggunaan. Ia ditekankan kerajaan kekal mengutamakan kestabila grid dan kelangsungan bekalan elektrik untuk semua.
Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana sektor pusat data menggunakan hampir 10% tenaga elektrik di Malaysia pada masa kini, dan disasar menggunakan 31% tenaga elektrik Malaysia menjelang 2035.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.