BlackBerry Lihat Peluang Cerah Dalam Sektor Robotik Dan AI
Aman
BlackBerry sejak zaman kegemilangan telefon pintar sedia melakukan pelaburan tinggi dalam sistem operasi QNX milik mereka. Ia digunakan secara meluas pada industri automotif, dan kini BlackBerry melihat peluang cerah untuknya melangkaui arena automotif, meliputi sektor robotik dan AI.

Pada hari ini, penawaran perisian dan sistem operasi oleh BlackBerry menguasai arena automotif, kesihatan, digunakan dalam kerajaan, dan juga dalam rantaian bekalan. Salah satu ciri yang ia sering ditekankan adalah sokongan sekuritinya. Malah, di Malaysia sendiri, BlackBerry mengoperasikan hab keselamatan serantau, dan turut bekerjasama dengan pihak SKMM.
Dengan perkembangan robotik dan kecerdasan buatan, BlackBerry dilihat dalam posisi yang baik untuk membangunkan dan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka, termasuk dari segi sistem yang selamat. Pada masa yang sama, kerjasama BlackBerry dengan NVIDIA selama bertahun lamanya juga membuatkan integrasi oleh pembangun lebih mudah dilakukan berbanding pesaing yang lain.
Walaubagaimanapun, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum BlackBerry kembali kepada nilai syarikat seperti ketika mereka di puncak. Sekitar 2008, BlackBerry dinilaikan sekitar $85 bilion, sementara kini ia didagangkan sekitar $5.4 bilion.