Apple iMac Turut Dikemaskini Dengan Cip M6 Baharu
Aman
Bersama-sama kemaskini untuk MacBook Pro, Apple turut memperkenalkan kemaskini untuk Apple iMac, dan kini ia turut hadir dengan cip M6 terbaru.

Apple iMac masih mengekalkan skrin paparan bersaiz 24-inci seperti generasi sebelumnya, dan hadir dengan sejumlah pilihan warna. Apple iMac dengan cip M6 turut menyokong rangkaian WiFi 7, Bluetooth 6, menawarkan prestasi pemprosesan dan grafik lebih baik berbanding iMac sebelum ini, dan sokongan untuk operasi AI dengan lancar.
Apple iMac dengan cip M6 dan menawarkan dua port Thunderbolt ditawarkan pada harga bermula RM6499, sementara yang menawarkan 4 port Thunderbolt pula ditawarkan pada harga bermula RM7499. iMac baharu ini boleh dipratempah bermula 29 Oktober, dan akan ditawarkan di kedai bermula 6 November.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.