Pengguna Galaxy S24 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini One UI 9.0 Berasaskan Android 17
Aman
Samsung kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi untuk pengguna peranti Galaxy S24, menawarkan OneUI 9.0 berasaskan kepada Android 17. Sebelum ini, kemaskini ini telah ditawarkan untuk model mercu tahun 2026 ini, iaitu Galaxy S26.

Kemaskini OneUI 9 menawarkan sejumlah pembaharuan, termasuk sokongan transkripsi dalam mod perbualan, ciri MyFanCam yang membolehkan anda memfokuskan seseorang individu dalam mod video, Now Nudge yang dipertingkat, Samsung Health yang ditambah-baik, kemaskini untuk Bixby, penambah-baikkan Samsung DeX, sokongan Galaxy AI yang dikemaskini, dan beberapa yang lain.
Bagi anda yang menggunakan Galaxy S24, boleh mengemaskini peranti anda dengan ke halaman Software Update hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.