Discord Ingin Membuat Perbincangan Dari Kumpulan Awam Boleh Dicari Melalui Google
Aman
Discord kini melakukan perubahan pada polisi perkhidmatan, menyatakan bermula 16 November 2026 kelak, mereka akan mengaktifkan akses laman web untuk Discoverable Servers, sekaligus membolehkan sejumlah mesej, perbincangan dan maklumat berkaitan boleh dicari atau diakses oleh semua secara terbuka.
Ini sekaligus akan membolehkan sejumlah mesej boleh dicari melalui enjin carian seperti Google. Discord mengatakan mereka tidak akan memaparkan nama pengguna dan gambar profil pengguna pada penawaran awam ini.

Dengan langkah ini, Discord menyasarkan capaian akan lebih luas, membolehkan lebih ramai menemui sesuatu kumpulan untuk disertai, atau menyertai perbincangan dan perbualan yang dilakukan. Discord menyatakan ciri ini akan dihadkan kepada Discoverable Servers dengan lebih 1000 ahli dan tidak memerlukan sebarang jemputan untuk menyertainya.


Discord turut menekankan yang mana DM, Group DM dan juga Private Server tidak tertakluk dibawah perubahan ini, dan akan kekal peribadi seperti sedia ada.
Dengan langkah ini juga, Discord mungkin boleh menyaingi Reddit, dan pelbagai platform komuniti lain dalam penemuan kandungan dan perbincangan.