Kini Anda Bayar Guna DuitNow QR Di China, Hong Kong, Korea Selatan, Filipina Dan Laos – Melalui Alipay+
Aman
PayNet hari ini mengumumkan kerjasama dengan Alipay+, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan menggunakan aplikasi perbankan tempatan untuk membuat pembayaran di China, Hong Kong, Korea Selatan, Filipina dan Laos. Lebih banyak negara dijangka akan ditambah secara berperingkat selepas ini.

Alipay+ merupakan sokongan pembayaran dimiliki oleh Ant International. Sebelum ini, Touch n Go eWallet sedia menyokongnya, tetapi kini dengan kerjasama PayNet ini, semua aplikasi perbankan tempatan boleh menggunakan imbasan DuitNow QR, dan melakukan bayaran.
Buat masa ini, tiga bank telah mengaktifkan ciri ini, iaitu Maybank, CIMB dan Hong Leong Bank. Bank Islam dijangka menyusul tidak lama lagi.
Dengan kerjasama ini, sekiranya anda melihat kedai atau peniaga menyokong Alipay+, maka anda boleh menggunakan DuitNow QR untuk melakukan pembayaran.
Selain memudahkan rakyat tempatan ke luar negara, kerjasama ini juga dijangka memudahkan pelancong daripada negara tersebut membuat pembayaran di Malaysia dengan mengimbas kod QR sahaja.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.