OpenAI Ingin Beli Cip TPU Keluaran Google
Google sedia membangunkan cip mereka tersendiri, dan bukan sahaja menggunakannya pada peranti keluaran mereka, tetapi juga untuk pusat data dan juga untuk penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan janaan. Sebelum ini, ramai menyasarkan Google akan menjana sejumlah peratusan pendapatan melalui jualan cip kepada pihak lain, sekaligus bersaing dengan penyedia lain seperti NVIDIA.
Terbaru, OpenAI dilaporkan merancang untuk membeli cip keluaran Google, dan menggunakannya dalam penawaran mereka. Langkah ini juga akan memperluaskan lagi kerjasama OpenAI dan Google, selepas mula menawarkan model mereka melalui Google Cloud.
Buat masa ini, kedua-dua pihak belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini.
Sebelum ini, Anthropic turut telah mula mendapatkan cip keluaran Google untuk penawaran mereka, disamping terdapat desas-desus Meta turut akan melakukan perkara lebih kurang sama.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.