Uber Mempunyai 13.1% Pegangan Pada Grab
Baru-baru ini, pihak berkuasa Taiwan telah menyekat pengambil-alihan FoodPanda Taiwan oleh Grab. Kini, ia dikongsikan yang mana pengambil-alihan berkenaan di sekat disebabkan oleh pegangan ekuiti Uber pada Grab.

Di Taiwan, FoodPanda bersaing dengan Uber Eats. Sekiranya Grab mengambil-alih operasi FoodPanda di sana, ia memberikan gambaran yang mana Uber akan mendominasi pasaran, dan mungkin tidak begitu sihat untuk pasaran dan pengguna. Hal ini kerana Uber turut mempunyai pegangan pada Grab, iaitu sebanyak 13.1%.
Disebabkan hal ini, pengambil-alihan berkenaan di halang.
Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin terlepas juga adalah dimana Uber kini dalam proses pengambil-alihan Delivery Hero, syarikat sebalik FoodPanda. Ketika pengambil-alihan oleh Uber tempoh-hari, FoodPanda untuk pasaran Taiwan tidak disertakan. Ia tidak diketahui sama ada hal berkenaan akan berubah selepas ini atau tidak, memandangkan Grab tidak berjaya membeli FoodPanda Taiwan.