Apple MacBook Pro Dengan Skrin Sesentuh Tidak Lagi Mempunyai Takuk Kamera
Effi Saharudin
Lima tahun lalu Apple memperkenalkan MacBook Pro 14″ dan 16 dengan takuk skrin bagi meletakkan kamera web. Awal pagi tadi MacBook Pro 14″ dan 16″ dengan skrin sesentuh PROLED XDR Display baharu dilancarkan bukan sahaja dengan skrin OLED tetapi juga tidak lagi mempunyai takuk pada skrin.

Takuk besar pada bahagian atas skrin telah digantikan dengan lubang skrin bujur yang mirip ditemukan pada iPhone sejak iPhone 14 Pro empat tahun lalu. Dari segi rekaan penggunaan lubang kamera menjadikan skrin nampak lebih kemas dengan kurang elemen antaramuka dihalang palang hitam.
Apple secara perlahan-lahan mula mengecilkan saiz lubang kamera dengan ura-ura dalam masa terdekat kesemua kamera dan juga sensor Face ID akan diletakkan di bawah skrin. Ini sudahpun dilakukan pada skrin dalam iPhone Duo tahun ini.