OPPO Find X10 Pro Max – Apa Yang Membuatkan 3 Kamera 200MP Hasselblad Begitu Istimewa?
Amy Maizuraa
Setiap gambar yang tersimpan di dalam galeri telefon membawa cerita dan kenangan yang berbeza. Ada yang merakam detik indah bersama keluarga, ada yang menyimpan memori ketika bercuti, manakala ada juga yang gemar berkongsi aktiviti harian dan inspirasi gaya hidup di media sosial.
Dalam kesibukan menjalani rutin harian, sering kali perkara-perkara yang paling bermakna hadir tanpa dirancang. Sebab itulah ramai memilih untuk merakam dan menyimpan setiap pengalaman yang meninggalkan kesan walau sesederhana mana sekalipun.
Merakam Mengikut Cara Anda
Menyedari keperluan ini, OPPO Find X10 Pro Max hadir dengan sistem tri-sensor 200MP pertama di dunia pada sebuah telefon pintar yang dibangunkan bersama Hasselblad. Ia menggabungkan kamera utama 200MP, kamera ultra lebar 200MP dan kamera telefoto 200MP dengan zum optikal 3x. Turut melengkapkan sistem ini ialah sensor True Color serta teknologi LUMO True Color Imaging yang membantu menghasilkan warna yang lebih semula jadi dan hampir menyamai apa yang dilihat oleh mata.





Namun bagi kebanyakan pengguna, spesifikasi hanyalah sebahagian daripada cerita. Apa yang lebih penting adalah bagaimana sesebuah peranti dapat melengkapkan gaya hidup harian dengan lebih mudah dan lancar. Pengalaman mengambil gambar seharusnya terasa ringkas tanpa perlu terlalu memikirkan tetapan kamera atau proses suntingan yang memakan masa. Di sinilah OPPO Find X10 Pro Max memainkan peranannya. Pengguna boleh memberi tumpuan kepada setiap pengalaman yang dilalui, sementara itu kamera pula membantu merakamnya dengan baik. Hasilnya, setiap gambar dapat disimpan sebagai memori yang boleh dikenang semula pada bila-bila masa.





Bagi mereka yang gemar bergambar, kamera telephoto 200MP dengan zum optikal 3x antara ciri yang wajar diberi perhatian. Pernahkah anda mengambil gambar tetapi terpaksa berdiri terlalu dekat sehingga keseluruhan latar belakang tidak dapat dimuatkan seperti yang diinginkan? Atau terpaksa bergerak beberapa langkah ke belakang untuk mendapatkan sudut yang lebih menarik?





Dengan kamera telephoto telefon ini, gambar boleh diambil dari jarak yang lebih selesa tanpa mengubah suasana asal. Ini menjadikannya sesuai untuk gambar OOTD, percutian mahupun kenangan harian yang ingin disimpan. Pada masa sama, kamera ultra lebar sesuai digunakan untuk merakam pemandangan yang lebih luas dalam satu bingkai. Menariknya, ia menggunakan sensor bersaiz 1/1.56 inci iaitu antara yang terbesar dalam kategori kamera ultra lebar pada telefon pintar ketika ini. Bagi kebanyakan situasi harian pula, kamera utama kekal menjadi pilihan utama untuk penggambaran. Hasilnya, setiap gambar kelihatan lebih seimbang dan menyenangkan untuk dilihat sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk terus dikongsi di media sosial.

Apabila Warna Kelihatan Seperti Yang Dilihat Mata

Dalam situasi lain pula, pernahkah anda meluangkan masa memilih pakaian dan lokasi yang sesuai untuk bergambar tetapi hasil akhirnya tidak benar-benar menggambarkan suasana sebenar? Warna pakaian kelihatan sedikit berbeza, tona kulit tidak seperti yang diharapkan dan pencahayaan pula tidak sama seperti yang dilihat dengan mata sendiri. Inilah antara perkara yang diberikan perhatian menerusi teknologi LUMO True Color Imaging dan LUMO True Image Engine pada OPPO Find X10 Pro Max.




Hasilnya dapat dilihat pada cara warna dirakam, daripada tona kulit yang kelihatan lebih semula jadi hinggalah perincian fabrik yang masih jelas tanpa menjejaskan keseimbangan pencahayaan. Kadangkala, keindahan sebuah gambar bukan terletak pada jumlah suntingan yang dilakukan selepas ia dirakam. Sebaliknya, ia terletak pada keupayaannya mengekalkan warna, cahaya dan suasana seperti yang dilihat pada waktu itu. Dengan cara ini, setiap gambar bukan sahaja kelihatan lebih semula jadi, malah terasa lebih dekat dengan pengalaman yang ingin dikenang.

Ruang Untuk Lebih Kreatif Dalam Setiap Rakaman
Berkongsi video juga kini menjadi sebahagian daripada cara kita menyimpan dan menghargai setiap pengalaman yang dilalui. Sudah tentu, setiap rakaman yang dihasilkan diharapkan kelihatan menarik tanpa perlu bergantung kepada suntingan yang berlebihan. Dengan sokongan rakaman sehingga 8K30fps atau 4K120fps bersama Dolby Vision serta teknologi Cine-grade 17-stop Ultra-High Dynamic Range, OPPO Find X10 Pro Max membantu menghasilkan video yang lebih jelas dengan warna, pencahayaan dan perincian yang kelihatan seimbang. Pasti ramai pernah menonton semula video yang dirakam dan mengharapkan ia mampu mengembalikan suasana ketika rakaman itu dibuat. Di sinilah perincian kecil memainkan peranannya. Daripada warna hinggalah pencahayaan, setiap elemen dirakam dengan lebih baik supaya video yang dihasilkan kekal dekat dengan suasana sebenar.

Pada masa yang sama, OPPO turut mengambil kira keperluan pengguna yang sering berkongsi kandungan merentasi pelbagai platform media sosial. Ciri OpenGate Capture membolehkan satu rakaman disesuaikan dengan lebih mudah untuk format mendatar mahupun menegak tanpa perlu merakam semula video yang sama. Bagi generasi yang gemar merakam dan berkongsi pengalaman harian, kemudahan seperti ini sememangnya dihargai. Sama ada untuk vlog ringkas, video perjalanan atau perkongsian di media sosial, satu rakaman boleh disesuaikan mengikut keperluan platform berbeza seperti YouTube, Instagram Reels dan TikTok. Jadi, lebih banyak masa dapat diberikan kepada proses berkarya dan berkongsi cerita tanpa perlu terlalu memikirkan aspek teknikal di sebalik setiap rakaman.

Lebih Dekat Dengan Setiap Perincian
Jika sebelum ini banyak perhatian diberikan kepada perkara yang berada di hadapan mata, bagaimana pula dengan pemandangan atau subjek yang berada lebih jauh? Bukan semua perkara dapat dirakam dengan jelas dari jarak dekat. Ada kalanya bangunan ikonik, pemandangan alam semula jadi atau suasana di sesuatu lokasi lebih menarik apabila dilihat dari kejauhan.

Untuk situasi seperti ini, OPPO turut memperkenalkan OPPO Hasselblad Teleconverter Kit yang direka sebagai pelengkap pengalaman fotografi. Ia membantu meningkatkan keupayaan zum sehingga 20x tanpa menjejaskan kualiti imej sekali gus membolehkan setiap perincian dirakam dengan lebih jelas walaupun dari jarak yang lebih jauh. Sama ada untuk merakam keindahan landskap, seni bina yang menarik atau suasana di sesuatu lokasi, setiap perincian dapat dirakam dengan lebih dekat tanpa perlu mengorbankan kualiti gambar yang dihasilkan.
Pada akhirnya, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan perkara bermakna dalam hidup. Dengan OPPO Find X10 Pro Max, setiap pengalaman dapat dirakam dengan lebih mudah melalui gambar dan video yang kelihatan semula jadi serta dekat dengan suasana sebenar. Kadangkala, perkara yang paling berharga bukanlah detik yang dirancang dengan sempurna, tetapi kenangan yang berjaya disimpan pada waktu yang tepat.

Bagi yang berminat, OPPO Find X10 ditawarkan pada harga RM4,999 untuk varian 12GB + 256GB, manakala varian 12GB + 512GB pula dijual pada harga RM5,599. Sementara itu, model premium Find X10 Pro Max dengan konfigurasi 16GB + 512GB ditawarkan pada harga RM6,999.
Sempena jualan pertama sehingga 30 November 2026, pembeli berpeluang menikmati pelbagai tawaran bernilai sehingga RM2,927 termasuk penjimatan sehingga RM1,250 yang merangkumi potongan harga RM300 untuk pemegang kad bank terpilih, rebat tukar beli tambahan sehingga RM800 serta potongan harga melalui SPayLater sehingga RM150. Pembeli turut menerima Exclusive Launch Gift Box bernilai RM299, selain menikmati kemudahan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan.

Turut ditawarkan ialah pelan perlindungan OPPO Care melalui program Purchase With Purchase (PWP) bermula daripada RM259. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif menerusi aplikasi My OPPO dengan nilai keseluruhan sehingga RM630, termasuk baucar telekomunikasi bernilai RM400, baucar perlindungan skrin bernilai RM30 dan baucar IoT bernilai RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.
#OPPOFindX10Series #OPPOFindX10ProMax #Triple200MPCamera #HasselbladTruetolifeCamera #bestsmartphone
Penafian: Advertorial dibawakan oleh OPPO Malaysia.