Razer Reclusa Mini 65% Dengan Suis Magnetik Boleh-Tukar Kini Dijual Pada Harga RM569
Nazrin
Pada awal bulan September, kami telah melaporkan tentang papan kekunci mekanikal yang boleh diubahsuai yang dinamakan Razer Reclusa X Mini iaitu papan kekunci tersuai pertama mereka yang hadir dengan saiz 65%. Mereka baru sahaja memperlihatkan kemaskini kepada papan kekunci tersebut dengan memperkenalkan Razer Reclusa Mini 65% pula dengan beberapa perbezaan kecil, tetapi sangat ketara.

Pertama ialah papan kekunci ini kini hadir dengan pilihan suis optikal Razer Hall Effect Magnetic Switches yang sedikit berbeza berbanding dengan suis mekanikal yang digunakan sebelum ini. suis Hall Effect ini menggunakan sistem magnet yang membolehkan papan kekunci menjejak kedalaman suis apabila ditekan, dan membolehkan pengguna untuk menetapkan input berbeza bergantung kepada sekiranya suis sedang ditekan atau dilepaskan dalam satu pergerakan sahaja.

Menariknya, sama seperti suis mekanikal pada papan kekunci Razer Reclusa X Mini, suis Razer Hall Effect ini juga boleh ditukar dengan suis magnetik lain sekiranya diperlukan, menjadikan ini salah satu daripada sejumlah kecil papan kekunci tersuai dengan kemampuan sebegini.
Dari segi binaan papan kekunci ini pula, ia dilihat hadir dengan komponen-komponen tambahan seperti plat yang diperbuat dari bahan PPS, peredam silikon untuk papan litar dan juga rangka papan kekunci semuanya boleh dibuahsuai mengikut kehendak pengguna untuk membina papan kekunci yang hadir dengan binaan, rupa dan bunyi yang diingini.

Satu tambahan yang dapat dilihat pada papan kekunci Razer Reclusa Mini 65% ialah tombol roda yang boleh diubahsuai tetapannya untuk membolehkan anda menukar pelbagai benda dari tahap kecerahan skrin ke tahap kelantangan audio melalui perisian Razer Synapse.

Sama seperti papan kekunci gaming Razer yang telah kami ulas dan laporan sebelum ini, ia juga tampil dengan sokongan untuk ciri-ciri seperti Razer Snap Tap, Razer Snap Flex dan Dual Keypress Priority.
Sokongan teknologi sambungan juga adalah satu lagi perbezaan yang dapat diperlihatkan pada papan kekunci ini, dimana ia hadir dengan sokongan untuk sambungan berwayar, Bluetooth dan juga WiFi dengan sokongan pola 8000MHz.

Razer Reclusa Mini 65% sudah mula dijual di kedai-kedai penjual kelengkapan dan aksesori Razer di seluruh Malaysia pada harga RM569.
Sumber: Razer