Google Mula Papar Iklan Pada AI Mode Untuk Pengguna Malaysia
Aman
Google kini memaklumkan mereka akan memperluaskan paparan iklan pada ciri AI Mode ke beberapa buah negara, termasuk Malaysia.
AI Mode adalah sakongan pada bahagian carian Google, membolehkan pengguna terus bertanyakan dan menerima jawapan melaluinya, sebelum memaparkan sebarang pautan ke web. Google menyatakan pengguna kini menghabiskan lebih masa ketika melakukan carian menggunakan AI Mode, berbanidng carian biasa sebelum ini.

AI Mode juga dikatakan memudahkan pengguna memahami sesuatu perkara dengan lebih baik berbanding carian biasa. Selari dengan penggunaan tinggi, kini Google turut ingin menjana pendapatan melaluinya, dan akan mula mengintegrasikan sokongan pengiklanan padanya.
Ciri pengiklanan akan mula diperkenalkan secara berperingkat, dan para pengiklan sudah boleh membeli slot pengiklanan dan menyasarkan pengguna Malaysia.Selain di Malaysia, ciri sama turut diperkenalkan di India dan Singapura.