Threads Menguji Threads Friends – Ciri Perkongsian Melibatkan Kumpulan Kecil, Sehingga 50 Orang
October 30, 2026
Aman
Threads kini menguji ciri perkongsian melibatkan sekumpulan kecil pengguna sahaja, dinamakan Threads Friends. Melaluinya, anda boleh menambah sehingga 50 orang rakan-rakan, dan seterusnya ketika melakukan perkongsian, memilih perkongsian ke Threads Friends sahaja berbanding perkongsian awam di Threads.
Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi perkembangan mereka bersama sekumpulan kecil pengguna sahaja, tanpa perlu melakukan perkongsian awam atau berbincang di DM.
Ciri ini diuji di Ireland dan Jepun buat masa ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.