Binance Digodam Dengan Kerugian Melebihi $6 Bilion
Effi Saharudin
Binance membekukan aset kripto yang dipegang mereka selepas ia digodam dengan nilai wang kripto yang dicuri dianggarkan melebih $6.3 bilion (~RM 25.5 bilion). Syarikat telah menggantung sementara perkhidmatan deposit dan pengeluaran ketika siasatan dijalankan.

Ini menjadikannya insiden kecurian kripto tertinggi dalam sejarah melangkaui sekitar $1 bilion kerugian disebabkan serangan ke atas Bybit tahun lalu. Binance menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat “potensi isu keselamatan” dan menegaskan bahawa dana pengguna adalah selamat serta kerugian akan ditanggung oleh syarikat. Mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengembalikan semula dana yang dicuri.
Penerbit stablecoin seperti Tether dan Circle tuurt membekukan sejumlah besar aset yang dikaitkan dengan insiden tersebut, dengan nilai keseluruhan yang dilaporkan mencecah $3 bilion. Berikutan serangan ini, nilai mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Solana jatuh mendadak disebabkan kerisauan dalam kalangan pemegang.
Serangan siber ke atas Binance menjadi insiden pencurian dana kripto besar kedua dalam masa sebulan melibatkan kripto. Beberapa minggu lalu pemilik dompet fizikal Ledger melaporkan dana dicuri kerana peranti yang dijual oleh CryptoBilis – syarikat berpangkalan di Malaysia – menjadi mangsa serangan rantaian bekalan.