McDonald’s dan Lenovo Lancarkan Tetikus Kentang Goreng
Effi Saharudin
McDonald’s China dan Lenovo bekerjasama melancarkan tetikus yang kelihatan seperti kentang goreng. Tetikus ditawarkan menerusi set Happy Meal dengan ia dihasilkan dengan 60% plastik yang dikitar semula daripada mainan Happy Meal lama.

Tetikus menyokong sambungan Bluetooth dan radio 2.4GHz. Bateri 380 mAh disertakan dengan ia dicas semula menggunakan kabel USB-C. Tapi DPI turut boleh diubah dengan tiga tahap kejituan.

Selain tetikus, McDonald’s juga menawarkan pelapik tetikus yang turut menggunakan bahan serat yang dikitar semula. Pelapik ini boleh dilipat untuk menjadi beg simpanan untuk tetikus apabila tidak digunakan.
Di China hanya 2000 set tetikus kentang goreng dan pelapik tetikus McDonald’s ini ditawarkan dengan ia dijual pada harga RMB 99 (~RM 60) dan menebus 18 mata keahlian. Semasa artikel ditulis, semua unit tetikus edisi terhad ini telah habis ditebus.