PUBG: Battlegrounds Diadaptasi Menjadi Siri Nyata Di Netflix
Effi Saharudin
Permainan video PUBG: Battlegrounds akan diadaptasi menjadi siri TV di Netflix. Pengumuman dilakukan hari ini dengan ia diterbitkan, ditulis, diarahkan dan dibintangi oleh Donald Glover. Ia turut menerima sentuhan adik beliau Stephen Glover yang sebelum ini bersama-sama menerbitkan siri TV Atlanta.
Tiada tarikh diumumkan bila siri PUBG akan disiarkan menerusi Netflix. Ia menjadi satu lagi siri adaptasi permainan video yang tiba ke Netflix selepas Splinter Cell, Devil May Cry dan League of Legends. Selain PUBG, siri Gears of Wars dan Assassin’s Creed juga bakal tiba ke Netflix,. Selepas sekian lain melakukan adaptasi buku, Netflix kini mengadaptasi pula siri permainan video popular.
PUBG: Battlegrounds pada asalnya dilancarkan sebagai PlayerUnknown’s Battlegrounds pada tahun 2017 dengan ia segera menjadi permainan atas talian yang popular di PC. Selepas di PC, ia kemudian menerima nafas baharu apabila ditawarkan pula pada peranti mudah alih sehingga menjadi antara permainan esukan paling popular di dunia.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.