Roblox Melantik Bekas Pengasas Fave Sebagai Pengarah Urusan Rantau Asia Tenggara
Aman
Roblox kini dilihat melantik usahawan Joel Neoh sebagai pengarah urusan untuk rantai Asia Tenggara. Joel Neoh akan bertanggungjawab dalam terus memacu perkembangan Roblox di rantau ini, disamping memperkukuhkan lagi ekosistem berkenaan dan membentuk kerjasama dengan jenama dan perniagaan tempatan.

Untuk makluman, Joel Neoh pada awalnya membangunkan platform Youth Asia memfokuskan remaja. Platform berkenaan seterusnya dijenamakan YouthSays, dan pada hari ini dikenali sebagai Says. Ia seterusnya berkembang dan membentuk Rev Asia yang diambil-alih oleh Media Prima. Disamping itu, Joel Neoh juga turut mengasaskan GroupsMore yang kemudiannya diambil-alih oleh Groupon. Selepas itu, KFit diasaskan, yang seterusnya dijenamakan kepada Fave, dan turut dijual kepada firma di India.
Roblox sedia mempunyai angka pengguna tinggi di Malaysia, terutamanya melibatkan kanak-kanak. Pelantikkan ini juga hadir selari dengan kerajaan yang sedang menilai keperluan peraturan tambahan untuk platform permainan atas-talian, khususnya Roblox.