Belanjawan 2027 Pulau Pinang : Insentif Sekali Bayar RM600 Untuk Pemandu Seru-Pandu, RM500 Untuk Pasangan Baru Kahwin
Aman
Kerajaan negeri Pulau Pinang kini telah membentangkan Belanjawan negeri untuk 2027, sekaligus turut mengumumkan sejumlah insentif yang akan mula diberikan bermula 2027 kelak.
Salah satu insentif yang diumumkan adalah pemberian insentif khas sebanyak RM600 sekali bayar pada 2027 untuk pemandu perkhidmatan seru-pandu. Insentif ini akan disediakan khusus untuk pemandu yang memenuhi syarat kelayakan, dengan had peruntukkan sebanyak RM9 juta. Sekitar 15,000 pemandu dijangka menerima manfaat melaluinya.
Disamping itu, bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga di Pulau Pinang, kerajaan turut akan memberikan sumbangan sekali bayar sebanyak RM500, dibawah program i-Sejahtera. Seperti biasa, pasangan berkenaan perlu memenuhi syarat kelayakan dalam menerima sumbangan tersebut.
Maklumat lanjut berkenaan dengan kedua-dua insentif ini dijangka akan diumumkan pada 2027 kelak.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.