Kini Hampir 3,000 Bungkusan Kurier Dihantar Setiap Minit Di Malaysia
Aman
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini telah merasmikan Hari Kurier Negara 2026, dan pada acara berkenaan turut berkongsi beberapa data menarik berkaitan industri tersebut di Malaysia.
Mengikut data semasa, kini hampir 3,000 bungkusan yang dihantar setiap minit di Malaysia, melibatkan lebih 120,000 warga kurier. Ini sekaligus memperlihatkan perkembangan sihat arena berkenaan, yang turut berkembang selari dengan letusan ekonomi edagang di Malaysia.

Secara purata, kini jumlah penghantaran bungkusan mencecah 5 juta sehari. Sekiranya angka ini kekal sehingga penghujung tahun, secara kasar kita akan melihat lebih 1.83 bilion bungkusan dihantar sepanjang 2026 ini. Sebagai perbandingan, pada 2025 lepas, sebanyak 1.57 bilion bungkusan telah dihantar.
Pada masa yang sama, kerajaan turut berkongsi yang mana tidak lama lagi sebuah perkara baharu akan diuji, iaitu perkongsian rangkaian “last-mile” untuk lihat bagaimana penghantaran boleh dibuat dengan lebih cekap, dan pada masa yang sama memberikan manfaat kepada para pengguna tempatan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.