Binance Dalam Perbincangan Untuk Mendapatkan Lesen Operasi Di Malaysia
Aman
Binance kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa di Malaysia, untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan mereka mengoperasikan bursa dagangan kriptowang mereka di Malaysia.
Menurut pihak Binance, mereka sudah dalam perbincangan bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia sejak 10 bulan kebelakangan ini, dalam usaha mendapatkan lesen untuk penawaran produk dan perkhidmatan di Malaysia.
Sebelum ini, pada 2021 lepas, pihak berkuasa telah mengharamkan operasi Binance di Malaysia kerana mereka tidak mempunyai lesen. Ia tidak diketahui lagi bilakah Binance akan menerima pengesahan untuk operasi. Buat masa ini, penyedia terbesar untuk kriptowang di Malaysia adalah Luno.
Perkongsian baharu ini hadir, hanya beberapa hari selepas Binance digodam dan mengalami kerugian menacpai $6.3 bilion. Namun, Binance mengatakan mereka akan menggantikannya menggunakan dana mereka.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.