Binance Membenarkan Pengeluaran Aset Kripto Semula – Sebanyak $3.6 Bilion Telah Dikeluarkan Dalam 10 Jam Pertama
Nazrin
Pada minggu lepas, platform perdagangan kriptowang terkemuka Binance telah digodam dan melaporkan kehilangan aset kriptowang mencecah $6 bilion, menjadikannya isu godaman dan kecurian kriptowang yang terbesar dalam sejarah setakat ini.
Untuk mengurangkan insiden kecemasan, Binance telah menghalang pengguna daripada mengeluarkan aset kriptowang mereka untuk sementara waktu, dimana mereka cuba untuk bagaimana godaman tersebut boleh berlaku, dan untuk memperbaikinya. Beberapa hari kemudian, pada semalam, 1 November 2026, pengeluaran aset kripto telah dibenarkan secara berperingkat, bermula dengan sejumlah jenis kriptowang terlebih dahulu.

Dalam 9-10 jam pertama pengeluaran kembali buka, Binance melaporkan bahawa sebanyak pelanggan Binance telah mengeluarkan aset kripto secara kasar bernilai $4.65 bilion dan deposit kripto bernilai $1.01 bilion. Dari segi pengeluaran bersih, Binance mengatakan jumlah tersebut bernilai $3.64 bilion.
Binance mengatakan bahawa jumlah ini adalah 2.1 peratus daripada aset kripto yang dipegang mereka yang bernilai $171 bilion berdasarkan data proof-of-reserves mereka yang dikemaskini pada 28 Oktober lalu. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun platform tersebut mencatatkan angka pengeluaran kripto yang tinggi, kadar tersebut kini sudah stabil dan pengguna boleh mendeposit dan mengeluarkan semua aset-aset mereka tanpa masalah.
Sumber: The Block