HackerTube Menyenaraikan Video YouTube Yang Paling Disarankan Manusia Tanpa Algoritma
Effi Saharudin
Saya masih ingat zaman awal YouTube lebih 20 tahun lalu. Terdapat tab khas untuk video yang disarankan berdasarkan jumlah. tontonan dan komen yang ditinggalkan pengguna. Secara setempat video daripada pelbagai genre dan topik akan disenaraikan dengan ia semua bergantung kepada interaksi manusia tanpa campur tangan algoritma. Saya akui merindui era ini kerana saranan kerap kali lebih tepat dengan citarasa.

Ini ialah isu kepada Andrej Karpathy, yang merupakan salah seorang pengasas OpenAI. Jadi dengan bantuan Claude beliau membangunkan HackerTube yang memaparkan video yang dirasakan paling relevan di YouTube. Karpathy memproses jutaan komen ditinggalkan pengguna di laman HackerNews antara 2007 hingga 2026 untuk mencari video yang paling kerap disarankan.
Claude kemudiannya menyenaraikan 6544 video yang merangkumi 150 topik berdasarkan kekerapan ia disarankan. Topik adalah merangkumi sains, pembangunan perisian, pembangunan permainan video, sejarah, pengaturcaraan, kejuruteraan dan banyak lagi.
Selain menyenaraikan video yang paling relevan menurut komen HackerNews, imej kerdil yang digunakan HackerTube juga dihasilkan menerusi kandungan video itu sendiri dan bukan yang dimuat naik oleh pemilik kandungan. Ini menurut Karpathy mengembalikan semula era awal YouTube dan menghalang penggunaan imej kerdil janaan kecerdasan buatan (AI) generatif yang membanjiri laman sekarang.
HackerTube tidak memerlukan log masuk dengan sejarah tontonan disimpan dalam pelayar web. Ia boleh diakses menerusi pautan di bawah.
Sumber – HackerTube